Desa Pringgasela merupakan salah sebuah kampung yang telah kami lawati dan menyampaikan sumbangan dari rakyat Malaysia kepada mangsa gempa bumi Lombok pada siri 2.0 kali ini.

Rombongan misi kami telah dipandu oleh Pak Dedy yang juga merupakan ketua Relawan atau NGO yang berada di sini dalam menjejaki beberapa kawasan yang dilanda gempa di Lombok. Kampung atau desa ini juga menerima kesan yang teruk akibat gegaran gempa bumi yang melanda Kepulauan Lombok pada kali ini.

Desa atau kampung ini terdiri dari 10 dusun atau pun 10 kampung kecil yang terletak di bawah pentadbiran Kepala Desa atau pun Tok Penghulu di bawah sesebuah kampung. Pak Mul’an adalah Kepala Desa di Kampung Pringgasela ini.

 

Purata kepadatan keseluruhan penduduknya adalah seramai 6,800 orang secara keseluruhannya. Menenun kain merupakan salah satu perkerjaan utama di desa ini yang terletak di Wilayah Lombok Timur yang mana ia lebih dikenali sebagai Tenun Gedogan.

Selain dari bertenun perkerjaan utama penduduk di sini juga adalah bertani, penternak serta berniaga.

Alhamdulillah, pihak MyCARE yang diketuai oleh Dr. Mohd Zin bin Kandar pada Misi Bantuan Gempa Lombok 2.0 telah menyampaikan beberapa sumbangan berbentuk makanan asas kepada penduduk kampung dan kanak-kanak yang datang di masjid yang dibina dari khemah.

Lagi gambar-gambar di FB MyCARE Johor

Rombongan sempat menyampaikan salam dari rakyat Malaysia dan menzahirkan rasa sedih atas apa yang menimpa kepada saudara-saudara kita di Lombok, Indonesia. Memohon agar mereka bersabar dengan ujian dari Allah dan mendoakan semoga Allah S.W.T akan menggantikannya dengan yang lebih baik selepas ini.

Kepada anda yang ingin menyalurkan bantuan bagi meringankan bebanan saudara-saudara kita di sini bolehlah salurkan sumbangan anda ke:

“Humanitarian Care Malaysia Berhad”

MAYBANK 5642-5856-0698
CIMB 8602-135-592
BANK ISLAM 1209-2010-0349-04

Sila hantarkan slip bank/bukti pembayaran beserta maklumat berikut kepada MyCARE JOHOR :
+6018-9677215 (Saadon)
+6019-7342539 (Dr. Zin)

Semoga sumbangan yang anda hulurkan akan menjadi pemberat amal tuan-tuan dan puan-puan sekalian di akhirat kelak.