Bantuan untuk masyarakat Orang Asli Bukit Bandaraya

SHAH ALAM, 30 Januari 2021 – Humanitarian Care Malaysia dengan kerjasama Yayasan Hasanah dan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) oleh Kementerian Kewangan Malaysia telah menyalurkan bantuan kepada masyarakat Orang Asli yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Program Gifts of Smiles COVID-19: Eco-Food Aid telah dilaksanakan di Dewan Bukit Bandaraya.

Sebanyak 57 pek makanan, nutrisi dan kesihatan telah disalurkan kepada 57 buah keluarga. Pek sumbangan ini mengandungi makanan asas dan kesihatan seperti beras, ayam segar, sayur-sayuran, buah-buahan, vitamin, pelitup muka, hand sanitiser dan sabun.

Pihak MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yayasan Hasanah dan Prihatin atas dana sumbangan serta para sukarelawan MyCARE yang bertungkus-lumus di lapangan. Masyarakat Orang Asli di sini sangat gembira atas penerimaan sumbangan kerana ianya membantu meringankan beban mereka di musim Perintah Kawalan Pergerakan.

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan