Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.

 

19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes susut berat badan.

 

Manakala WFP mengesahkan kuasa membeli Tebing Barat lumpuh teruk.

 

Bukan kerana tiada makanan di pasaran, tetapi kerana kepungan ekonomi dan penutupan lebih 700 buah pos kawalan (checkpoints) oleh pihak berkuasa Israel yang telah memutuskan punca pendapatan keluarga Palestin sepenuhnya.

 

Krisis ini paling meruncing di kawasan panas utara seperti Jenin, Tulkarm, Nur Shams, serta komuniti terasing di Area C dan Lembah Jordan.

 


 

 

 

Mengelakkan komplikasi kesihatan yang meragut nyawa, MyCARE menyalurkan bantuan susu formula kepada 200 orang bayi asnaf di kem pelarian Jenin, Ramallah, dan Hebron.

 

Jutaan terima kasih kami titipkan kepada seluruh dermawan yang sentiasa menyuburkan kasih buat anak-anak Palestin sama ada di Gaza mahupun di Tebing Barat.

 

Semoga setiap infak susu ini membina kekuatan tubuh mereka dan Allah melipatgandakan rezeki anda dengan keberkatan yang berkekalan.

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!