Bantuan psikologi untuk anak yatim dan OKU di Gaza

MyCARE telah menganjurkan prgoram kaunseling bagi memberikan sokongan psikologikal melalui active motor dan kinetic play melalui latihan berpandu kepada anak-anak yatim dan juga OKU.

Team ini meluangkan masa selama 3 hari bagi setiap kumpulan dengan melaksanakan pelbagai aktiviti demi membantun kanak-kanak melalui trauma dan tekanan yang mereka alami ketika serangan rejim Zionis ke atas Gaza pada 2021.

Program ini dianjurkan di al-Jazzera Sports Club dengan penyertaan 93 orang anak yatim berumur lingkungan 8 sehingga 16 tahun.

Manakala program untuk anak-anak OKU dilaksanakan di Kayan Center for Education dan Rehabilitation, Deir al-Balah City di kawasan luar bandar yang disertai 35 orang kanak-kanak OKU pelbagai kecacatan seperti pendengaran, penglihatan, motor dan mental.

Pada awalnya, kebanyakan kanak-kanak kurang aktif dan pemalu namun, mereka sedikit demi sedikit mempamerkan kegembiraan dan keterujaan mereka menjelang akhir program.

Dengan ini, team kaunselor dapat mengesan tahap psikologi dan trauma dan memberi cadangan untuk aktiviti selanjutnya.

Jazakumullahu khairan kathira kepada para penyumbang MyCARE atas sumbangan anda. Generasi ini bakal bangkit atas kasih sayang anda.

“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah