Bantuan Pakaian Raya Buat Anak-Anak Tahfiz Al-Quran

Alhamdulillah, hasil kebaikan dan ihsan orang-orang yang dermawan, projek di bawah Rose2Rose telah berjaya dilaksanakan dengan penuh kasih dan keprihatinan. Di sebalik segala ujian yang mereka lalui, masih ada sinar kegembiraan yang dapat kita hulurkan bersama.

 

Seramai 123 orang pelajar tahfiz Al-Quran di Gaza, berusia antara 6 hingga 18 tahun, menerima baucar pakaian bernilai 200 Shekel setiap seorang. Baucar ini boleh ditebus di kedai terpilih di Utara dan Selatan Gaza, memberi mereka peluang untuk memilih sendiri pakaian yang diinginkan.

 

Bagi kita, mungkin ia sekadar sepasang baju raya. Namun bagi mereka, ia membawa makna yang jauh lebih besar memberi rasa dihargai, menjaga maruah, dan menghadirkan secebis kegembiraan dalam kehidupan yang serba terbatas. Pakaian ini bukan hanya untuk Aidilfitri, tetapi akan menjadi teman harian mereka.

 


 

 

 

 

 

Dengan jumlah keseluruhan USD8,000, projek ini berjaya dilaksanakan hasil kerjasama Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan Darul Quran Wa Sunnah (DQWS).

 

 

Terima kasih kepada setiap hati yang memberi. Setiap sumbangan anda bukan sekadar bantuan, tetapi sinar harapan dan senyuman yang menguatkan langkah anak-anak huffaz di Gaza

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan