Bantuan Keperluan Agrikultur kepada petani kecilan di Palestin

MyCARE Gaza dengan kerjasama Al-Dar Agricultural Association telah menyalurkan bantuan keperluan kepada petani-petani dari keluarga miskin.

MyCARE telah menuntut semula 21 dunum (tanah) milik 21 buah keluarga miskin. Tanah ini adalah milik mereka tetapi atas faktor kemiskinan dan perang, tanah ini tidak dapat diusahakan.

Tanah ini berada di timur Deir Al-Balah, di mana ia berdekatan dengan sempadan Palestin-Israel dan menjadi mangsa serangan rejim Zionis.

Salah satu serangan rejim Zionis adalah membedil atau meracun kawasan agrikultur milik rakyat Palestin.

MyCARE membantu membajak tanah, menyediakan sistem pengairan, serta menanam anak benih terung dan cili hijau.

1 dunum tanah boleh menghasilkan sehingga 3000kg dan boleh membawa pulang jualan sehingga 1000$.

Semoga dengan usaha ini dan sumbangan rakyat Malaysia, ekonomi Palestin kembali meningkat selain dapat membantu saudara-saudara kita.

Alhamdulillah. Mereka sangat gembira dan tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan penyumbang MyCARE.
Jazakumullahu khayr!

Untuk penyaluran Winter Relief kali ini, MyCARE juga menghantar bantuan pakaian tebal, selimut, tilam, serta memasang kain nylon bagi menutupi atap zink rumah keluarga-keluarga miskin yang bocor bagi mengelakkan air hujan.

Penyaluran sebelum ini juga termasuk bantuan makanan, kelengkapan sekolah, dan lain-lain.

Selimutkan mereka, hangatkan mereka, dan berikan nutrisi terbaik untuk anak-anak di sana. Salurkan sumbangan anda ke

http://mycare.qrd.by/winter

ATAU

Humanitarian Care Malaysia Berhad

CIMB Islamic: 86-0213559-2

Sertakan bersama ref ‘WR20′ dan emailkan ke account@mycare.org.my atau WhatsApp / Telegram slip sumbangan anda ke +60166366369 (Pn. Ila)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah