Bantuan dana pembedahan kanak-kanak

Diskusi antara MyCARE dan IKRAM Health bersama Dr. Tariq Rahimi, doktor pakar bedah plastik kanak-kanak (Pediatric Plastic Surgeon) bagi bantuan dana dan kepakaran pembedahan masalah sumbing bibir dan rongga mulut yang begitu meluas di kalangan kanak-kanak di Afghanistan.

 

Dr. Tariq adalah satu-satunya pakar bedah plastik pediatrik di Afganistan, kini bertugas di French Medical Institute for Children di Kabul.

 

Kes sumbing sangat banyak akibat kekurangan nutsiri selain masalah bekalan air tidak bersih. Dr. Tariq melaksanakan 5 pembedahan kes sumbing setiap minggu di institut tersebut.

 

Misi Kemanusiaan Afganistan MyCARE 2.0 menyasarkan bantuan fokus kepada wanita dan kanak-kanak sebagai keutamaan bantuan selain daripada bantuan perubatan.

 

Ayuh kita bersama ringankan beban mereka di :

 

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 135 592
Rujukan : Afghanistan

 

Sila hantarkan maklumat ke e-mail campaign@mycare.org.my atau WhatsApp ke wasap.my/60389412341

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Winter Relief 2026: Selimutkan Daku

“Khemah, tempat tidur, pakaian, dan bekalan makanan kami semuanya tenggelam di bawah air banjir berlumpur.”Rintihan mangsa ini menjadi realiti pahit bagi lebih 100,000 orang pelarian

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan