Bantuan bekalan makanan di PPR Impian Baiduri [NAMAxMyCARE]

Wabak pandemik COVID-19 telah mengakibatkan jutaan manusia hilang pekerjaan seluruh dunia.

Di Malaysia, 3 bulan tempoh PKP telah menyebabkan golongan-golongan yang kurang berkemampuan hilang punca pendapatan secara mengejut.

Golongan ini terdiri daripada peniaga, penjaja tepi jalan, pekerja pembersihan, masyarakat orang asli dan ramai lagi.

Atas rasa ihsan dan prihatin, NAMA Foundation bersedia menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada yang memerlukan melalui Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dalam satu MoU yang telah dipersetujui kedua-dua pihak pada 3 Jun 2020 bertempat di ibu pejabat NAMA Foundation.

Penyaluran ke-7 NAMA Foundation COVID-19 Intervention Program Malaysia telah disalurkan kepada 100 buah keluarga B40 di PPR Impian Baiduri, Kuala Lumpur pada 19 Julai 2020.

Pek makanan ini mengandungi makanan asas seperti beras, telur, bawang, minyak, kicap, sardin, gula, garam, sardin dan lain-lain.

Pihak MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak NAMA Foundation yang memberikan dana sumbangan, Haji Anuar, Pengerusi Surau, En. Faizal dari MF Jaya Resources yang menyediakan kenderaan pengangkutan barangan, para sukarelawan yang bertungkus lumus, serta penduduk masyarakat setempat yang memberikan kerjasama yang baik.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pakej Qurban & Aqiqah 2026

“Qurban bermula serendah RM200, sijil dapat, laporan ada, panel syariah ada, audit pun ada.”   Mengangkat syariat Allah SWT supaya umat Islam melaksanakan ibadah qurban

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Aktiviti psikososial & hadiah raya

MyCARE telah melaksanakan aktiviti psikososial dan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak pelarian Palestin di Lubnan di bawah kempen MyRamadan 2026.   Seramai 300 orang

Hadiah baju raya Yaman

MyCARE telah melaksanakan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak yatim dan fakir di Yaman di bawah kempen MyRamadan 2026.   Sebanyak 200 pek Hadiah Baju