Bantuan bekalan makanan di KOA Sg. Relang, Gombak [NAMAxMyCARE]

Wabak pandemik COVID-19 telah mengakibatkan jutaan manusia hilang pekerjaan seluruh dunia.

Di Malaysia, 3 bulan tempoh PKP telah menyebabkan golongan-golongan yang kurang berkemampuan hilang punca pendapatan secara mengejut.

Golongan ini terdiri daripada peniaga, penjaja tepi jalan, pekerja pembersihan, masyarakat orang asli dan ramai lagi.

Atas rasa ihsan dan prihatin, NAMA Foundation bersedia menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada yang memerlukan melalui Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dalam satu MoU yang telah dipersetujui kedua-dua pihak pada 3 Jun 2020 bertempat di ibu pejabat NAMA Foundation.

Penyaluran ke-5 NAMA Foundation COVID-19 Intervention Program Malaysia telah disalurkan kepada 11 buah keluarga masyarakat Orang Asli di Sungai Relang, Gombak pada 16 Julai 2020.

Pek makanan ini mengandungi makanan asas seperti beras, telur, bawang, minyak, kicap, sardin, gula, garam, sardin dan lain-lain.

Pihak MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak NAMA Foundation yang memberikan dana sumbangan, Ustaz Hudzaifah, Penggerak Masyarakat Orang Asli, para sukarelawan yang bertungkus lumus termasuk team dari Inspire Heart Malaysia, serta penduduk masyarakat orang asli yang memberikan kerjasama yang baik.

Foto: Nurul Nasihah Mohd Najmi

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Laporan Pencapaian MyQurbani 2025

Assalamualaikum wbt,Segala puji bagi Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang dengan izinNya, MyQurbani 2025 telah berjaya dilaksanakan bagi tahun yang ke 27.

[PalestinDiserang] Makanan panas untuk Gaza

Di tengah konflik kemanusiaan di Selatan Gaza, MyCARE dan SPANCH telah melaksanakan satu inisiatif yang dipanggil Al-Takiyah: penyediaan makanan harian untuk keluarga rentan.   Selama

MyCARE Road Tour 2025

MyCARE Road Tour (MRT) kembali lagi dengan tema Bersamamu Palestin.Pelbagai aktiviti menarik akan menemui anda di MyCARE Negeri seluruh Malaysia.Simpan tarikh-tarikh penting berikut. MRT 3.0