Bantuan bakul makanan di Tebing Barat

Di tengah tekanan ekonomi dan serangan berterusan yang menjejaskan kehidupan rakyat Palestin di Tebing Barat, bantuan makanan menjadi keperluan paling asas untuk terus bertahan.

 

Sepanjang 16 November hingga 9 Disember 2025, MyCARE dengan kerjasama Sebil İnsani Yardım Derneği telah melaksanakan Program Bakul Makanan 2025 fasa ke-4 di kampung-kampung dan kem pelarian sekitar Ramallah.

 

Melalui peruntukan sebanyak USD 21,000, bantuan ini disalurkan kepada keluarga paling terkesan termasuk keluarga miskin, anak yatim, isi rumah tanpa pencari nafkah serta keluarga yang mempunyai ahli kurang upaya atau sakit kronik.

 

 

 

 

 

 

 

Sebanyak 415 keluarga melibatkan kira-kira 2,075 individu menerima bakul makanan yang disusun mengikut keperluan pemakanan tempatan. Pemilihan penerima dibuat melalui bancian lapangan yang teliti bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

 

Projek ini bukan sahaja membantu mengisi dapur keluarga yang terputus sumber rezeki, malah menguatkan semangat kebersamaan dan solidariti komuniti Palestin dalam menghadapi situasi yang semakin mencabar.

 

Terima kasih kepada para penyumbang MyCARE yang prihatin.

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah