Anak yatim Rohingya & tempatan pertama kali ke KidZania!

KUALA LUMPUR, 10 Mac 2018 – Alhamdulillah! Kegembiraan 50 orang anak yatim Rohingya dan tempatan serta pelajar tahfiz Rohingya MyCARE jelas terpancar apabila buat pertama kalinya mereka berpeluang menerokai dunia pekerjaan melalui lebih 60 aktiviti yang menyeronokkan di KidZania, Kuala Lumpur.
Seramai 50 orang anak yatim Rohingya dari Madrasah Muiinul Islam, Klang, pelajar tahfiz Rohingya MyCARE dan anak yatim tempatan dari Sekolah Rendah Islam Hira’, Klang telah mengikuti lawatan ini.




Ada di antara mereka yang berkata, “Saya nak jadi ahli bomba! Saya nak jadi doktor!”
Alhamdulillah, mereka berpeluang memakai pakaian bomba dan doktor serta dapat menaiki ambulans.
Jutaan terima kasih kepada para penaja dan penyumbang yang telah menaja tiket, makanan, cenderahati dan lain-lain. Terima kasih juga kepada para sukarelawan yang turut hadir membantu kami!





 Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Anda masih berpeluang untuk menaja lagi 50 anak-anak yatim untuk ke lawatan seterusnya pada 17 Mac 2018 (Sabtu) ini di Mini Zoo, KL Tower.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini!
Salurkan sumbangan anda ke:
HUMANITARIAN CARE MALAYSIA
Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Bank Islam: 1209 2010 0349 04
CIMB: 8602 135 592
JomPay: Biller code – 6197
Rujukan sumbangan : Edutrip / LawatanBelajar
Online : https://www.billplz.com/orange4orphan
Hantarkan bukti pembayaran ke :
account@mycare.org.my / 013-7444760 (Whatsapp)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Penajaan Anak Yatim Filipina

Pakej RM125 sebulan melalui Kempen Penajaan Anak Yatim Filipina diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu anak-anak yatim di Filipina. Anak-anak yatim yang dibantu ini adalah golongan

Kempen Penajaan Keluarga Asnaf Palestin

Keadaan keluarga di Palestin terus berada dalam keadaan yang sangat mencabar akibat konflik yang berpanjangan. Di sebalik setiap khemah dan rumah-rumah yang telah runtuh di

Penajaan Anak Yatim Lubnan

Konflik yang semakin meruncing di Lubnan sejak Mac 2026 telah mengakibatkan krisis kemanusiaan yang amat membimbangkan.   Menurut UNICEF, lebih daripada 1 juta penduduk Lubnan