Air untuk Gaza

Krisis kemanusiaan di Gaza semakin mencabar, dan salah satu cabaran terbesar yang dihadapi adalah kekurangan air bersih.

Dengan infrastruktur yang musnah akibat serangan rejim Zionis, air tercemar menjadi punca utama penyebaran penyakit, terutama di kalangan kanak-kanak.

Untuk mengatasi masalah ini, MyCARE melancarkan proses pengedaran bekalan air bersih menggunakan tangki air bersih.

Setiap 1,000 liter air bersih akan memberi manfaat kepada 10 keluarga (lebih 250 orang) untuk satu minggu.

Bekalan ini diagihkan melalui check point komuniti, memastikan air yang dihantar adalah selamat untuk digunakan.

Tangki air adalah cara paling pantas dan efektif untuk memastikan bekalan air bersih sampai kepada mereka yang memerlukannya, mengelakkan masalah dehidrasi dan penyakit bawaan air yang boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan mereka.

Sebagaimana yang diajarkan dalam hadis, “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain” (HR Ahmad).

Dengan sumbangan anda, kita dapat memastikan bahawa keluarga di Gaza menerima bekalan air bersih yang sangat diperlukan bagi pemulihan mereka.

Setiap liter air yang disalurkan menyelamatkan nyawa dan memberi harapan baru kepada mereka yang sedang berjuang untuk terus hidup dalam keadaan yang sukar.

Teruskan menyumbang di:
https://mycare.qrd.by/palestin

atau

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 135 592

Sila hantarkan bukti sumbangan ke email account@mycare.org.my atau WhatsApp ke http://wasap.my/60166366369

Jadikan sumbangan anda sebagai sebahagian daripada perubahan besar untuk mereka yang memerlukan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan