Picnic bersama Anak – Anak Yatim Rohingya

14 November, Sabtu – MyCARE bersama beberapa sukarelawan telah menyantuni anak – anak yatim Rohingya Madrasah Aram bertempat di Taman Tasik Ampang Hilir, Selangor sempena Bulan Anak Yatim yang akan dijalankan sepanjang bulan November ini.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah sarapan pagi, permainan sukaneka (lari masuk air dalam botol, pecah belon dan puzzle) dan bergambar bersama maskot Tweety. Terima kasih pada semua yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan usaha murni ini. Boleh klik pada link ini untuk lebih banyak gambar sepanjang aktiviti. http://on.fb.me/1WV5w6X

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Barang siapa yang memelihara anak yatim di tengah kaum muslimin untuk memberi makan dan minum, maka pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali jika ia telah berbuat dosa yang tidak dapat diampuni.” (H.R. Tirmidzi)

15_Oct16_WorldOrphanDay-06

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Winter Relief 2026: Selimutkan Daku

“Khemah, tempat tidur, pakaian, dan bekalan makanan kami semuanya tenggelam di bawah air banjir berlumpur.”Rintihan mangsa ini menjadi realiti pahit bagi lebih 100,000 orang pelarian

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan