[Banjir2021] Ops Pembersihan Rumah di Batu Tiga Shah Alam

Ops Pembersihan Rumah pasca banjir diteruskan di kawasan Batu Tiga Shah Alam dengan kerjasama IKRAM dan Harmoni pada 23 Disember 2021.

Kemusnahan yang berlaku di kawasan ini sangat mendukacitakan. Hampir semua barangan musnah akibat banjir lumpur setinggi satu tingkat rumah.

Beberapa buah rumah juga mengalami total lost. Insya Allah, bantuan tenaga dan keperluan akan diteruskan setiap hari ke tempat-tempat yang terjejas.

Terima kasih kepada para penyumbang Tabung Bencana MyCARE yang sangat dermawan dan prihatin.

Sumbangan ini turut mendapat kerjasama dari pihak Yayasan Buruj, Seahum, NAMA Foundation dan banyak lagi.

Tidak dilupakan, sumbangan keringat dari para sukarelawan yang sangat proaktif di lapangan.

Teruskan menyumbang bagi meringankan beban sahabat-sahabat kita yang terjejas dengan banjir.

https://mycare.qrd.by/bencana

Atau bank online:

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 13 5592

Rujukan: Banjir / Bencana

dan hantarkan bukti sumbangan (bank online sahaja) ke appeal@mycare.org.my

atau WhatsApp ke 016 636 6369

“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan