[MyCARExYayasanHasanah] Eco Food Aid di PPR Kota Damansara

KOTA DAMANSARA, 6 Mac 2021 – Humanitarian Care Malaysia dengan kerjasama Yayasan Hasanah dan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) telah menyalurkan bantuan kepada rakyat Malaysia B40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19.Program Gifts of Smiles COVID-19: Eco-Food Aid telah dilaksanakan di PPR Kota Damansara.

Sebanyak 100 pek makanan, nutrisi dan kesihatan telah disalurkan kepada 100 buah keluarga. Pek sumbangan ini mengandungi makanan asas dan kesihatan seperti beras, ayam segar, sayur-sayuran, buah-buahan, vitamin, pelitup muka, hand sanitiser dan sabun.

Pihak MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yayasan Hasanah dan Prihatin atas dana sumbangan serta para sukarelawan MyCARE yang bertungkus-lumus di lapangan. Tidak dilupakan kepada AJK dan komuniti PPR Kota Damansara yang terlibat dalam menjayakan program ini. Penerima manfaat di sini sangat gembira atas penerimaan sumbangan kerana ianya membantu meringankan beban mereka di musim Perintah Kawalan Pergerakan.

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Penajaan Anak Yatim Filipina

Pakej RM125 sebulan melalui Kempen Penajaan Anak Yatim Filipina diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu anak-anak yatim di Filipina. Anak-anak yatim yang dibantu ini adalah golongan

Kempen Penajaan Keluarga Asnaf Palestin

Keadaan keluarga di Palestin terus berada dalam keadaan yang sangat mencabar akibat konflik yang berpanjangan. Di sebalik setiap khemah dan rumah-rumah yang telah runtuh di

Penajaan Anak Yatim Lubnan

Konflik yang semakin meruncing di Lubnan sejak Mac 2026 telah mengakibatkan krisis kemanusiaan yang amat membimbangkan.   Menurut UNICEF, lebih daripada 1 juta penduduk Lubnan