Bantuan untuk komuniti Rohingya di Sungai Sekamat

KAJANG, 25 Januari 2021 – Humanitarian Care Malaysia dengan kerjasama Yayasan Hasanah dan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) oleh Kementerian Kewangan Malaysia telah menyalurkan bantuan kepada komuniti pelarian Rohingya yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Program Gifts of Smiles COVID-19: Eco-Food Aid telah dilaksanakan di Sungai Sekamat. Sebanyak 53 pek makanan, nutrisi dan kesihatan telah disalurkan kepada 53 buah keluarga. Pek sumbangan ini mengandungi makanan asas dan kesihatan seperti beras, ayam segar, sayur-sayuran, buah-buahan, vitamin, pelitup muka, hand sanitiser dan sabun.

Pihak MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yayasan Hasanah dan Prihatin atas dana sumbangan serta para sukarelawan MyCARE yang bertungkus-lumus di lapangan. Mereka sangat gembira atas penerimaan sumbangan kerana ianya membantu meringankan beban mereka di musim Perintah Kawalan Pergerakan.

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah