Adopt a Hafiz 2021

Pernahkah kita terfikir mengapa warga Pallestin masih mampu bertahan daripada serangan kejam Zionis lsrael selama ini? Apakah rahsia kekuatan mereka?Jawapannya adalah al-Quran. Ya, al-Quran!

Bukan kerana al-Quran sebagai mushaf semata, tetapi kerana isi kandungan al-Quran, janji-janji Allah dan ganjaran orang yang mempertahankan agama hidup di hati mereka. Hasilnya mereka tidak gerun kepada dron, bom kimia, tentera Zionis atau senapang, tetapi bertambah keyakinan kepada bantuan Allah walaupun senjata mereka hanyalah batu.Dari generasi ke generasi, mereka terus mempertahankan Palestin sehingga ke hari ini. Inilah warisan perjuangan As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin yang begitu berharga sekali.

Lebih membanggakan, batch pertama telah ditaja oleh rakyat Malaysia yang ikhlas memperjuangkan Palestin melalui mushaf al-Quran!

Laporan penuh batch 1:

Justeru, MyCARE dengan kerjasama Muslim Professionals Forum (MPF) ingin menjemput para dermawan untuk sekali lagi turut serta dalam projek Adopt a Hafiz 2021. Ini adalah tahun ke-9 penajaan program Adopt A Hafiz ini.

Seramai 900 bakal Hafiz dari Gaza dan Tebing Barat sedang menanti penajaan daripada anda. Dengan serendah RM50, anda akan menaja seorang pelajar Hafiz al-Quran di Palestin dan memastikan perjuangan membebaskan Palestin terus kuat dan teguh berkat didikan al-Quran kepada generasi muda pewaris pejuangan.

Ayuh, jangan lepaskan peluang ini!

DUA LANGKAH UNTUK MEMBANTU

Atau

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB: 8602135592

Reference: AAH2021

WhatsApp / Telegram sumbangan anda ke wasap.my/60166366369 atau e-mail ke tajahafiz@mycare.org.my

  • SEBAR & TULARKAN

Sebar dan tularkan mesej ini kepada group WhatsApp / Telegram anda agar ramai pihak tampil membantu perjuangan al-Quran di Palestin.

Segala bantuan dan pertolongan para dermawan, didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

6 comments

    1. Waalaikumussalam wr…
      Terima kasih atas pertanyaan tersebut. Ya, projek ini masih berjalan. Semoga Allah membalas dengan kebaikan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan