Bantuan perubatan kepada rakyat Gaza

Senyuman untuk anda!

Hospital al-Quds dan al-Amal dari Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin telah memulakan pembedahan kecil (minor surgery) kepada 120 orang pesakit miskin. Projek ini adalah inisiatif MyCARE bersama rakyat Malaysia yang prihatin bagi meringankan beban pesakit miskin yang berada di dalam ‘senarai menunggu’ di hospital kerajaan.

Antara yang mendapat manfaat dari sumbangan anda adalah kanak-kanak dan orang tua yang telah berada bertahun-tahun lamanya di dalam senarai menunggu. Bayangkanlah kesakitan yang mereka terpaksa lalui selama ini sementara menunggu giliran, dan akhirnya rakyat Malaysia datang menghulurkan bantuan. Alhamdulillah!

Teruskan menyokong usaha-usaha MyCARE di Palestin.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah