Bantuan Kecemasan COVID19 kepada frontliners Palestin

MyCARE telah menyampaikan keperluan steril kepada frontliners Gaza sebanyak 450 kit kebersihan dan kesihatan kepada pasukan polis, petugas kesihatan dan ke pusat kuarantin dengan kerjasama pihak kerajaan. Keperluan ini sangat penting seperti mana frontliners di Malaysia kerana mereka sangat terdedah dengan wabak ini. Walaupun begitu, keperluan ini tidak mencukupi di Gaza.

Atas keprihatinan bersama, MyCARE bersama rakyat Malaysia menyalurkan sumbangan kali kedua untuk Palestin (bantuan pertama di Tebing Barat dan Baitulmakdis). MyCARE juga sedang menjalankan projek Sabah COVID-19 Food Relief dan Protect Sabah Frontliners. Sebanyak 2,000 unit sut PPE dan juga PAPR telah diserahkan serta lebih 400 buah keluarga asnaf di Sabah telah mendapat bantuan pek makanan.

Kami merayu kepada rakyat Malaysia yang prihatin untuk terus bersama dalam kempen Winter Relief 2020 bagi membantu mangsa dan pelarian yang teruk terjejas dengan musim sejuk. Selimutkan mereka, hangatkan mereka, dan berikan nutrisi terbaik untuk anak-anak kita di sana. Salurkan sumbangan anda ke:

http://mycare.qrd.by/winter

Terima kasih kepada para dermawan yang prihatin yang bersama kami menjayakan projek ini.

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan