Bantuan bekalan makanan kepada pelarian Somalia [NAMAxMyCARE]

Wabak pandemik COVID-19 telah mengakibatkan jutaan manusia hilang pekerjaan seluruh dunia.

Di Malaysia, 3 bulan tempoh PKP telah menyebabkan golongan-golongan yang kurang berkemampuan hilang punca pendapatan secara mengejut.

Golongan ini terdiri daripada peniaga, penjaja tepi jalan, pekerja pembersihan, masyarakat orang asli, pelarian dan ramai lagi.

Atas rasa ihsan dan prihatin, NAMA Foundation bersedia menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada yang memerlukan melalui Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dalam satu MoU yang telah dipersetujui kedua-dua pihak pada 3 Jun 2020 bertempat di ibu pejabat NAMA Foundation.

Penyaluran ke-8 NAMA Foundation COVID-19 Intervention Program Malaysia telah disalurkan kepada 50 buah keluarga pelarian Somalia di Medan Idaman pada 22 Julai 2020.

Pek makanan ini mengandungi makanan asas sesuai dengan citarasa Somalia seperti beras, kurma, tepung, rempah ratus, macaroni, gula, makanan tin, dan lain-lain.

Pihak MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak NAMA Foundation yang memberikan dana sumbangan, Brother Mohamed Abdi, Pengerusi Somalia Refugee Community, para sukarelawan yang bertungkus lumus, serta penduduk masyarakat setempat yang memberikan kerjasama yang baik.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

EDU TRIP 2026: Pendidikan Tanpa Sempadan

Setiap anak berhak merasai pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Melalui program Edu Trip 2026, anak-anak yatim dan asnaf yang merupakan Pelajar Learning Centre MyCARE

MyQurbani Aceh

“Setiap kali hujan turun, kami masih trauma jika banjir berlaku lagi. Kami belum pulih sepenuhnya daripada banjir yang lalu.” Demikian luahan Pak Ferdi, salah seorang

Projek Adopt a Hafiz

Ketika ramai kanak-kanak di Gaza berdepan kehilangan tempat tinggal, kemiskinan dan trauma peperangan, masih ada yang istiqamah menghadiri halaqah Al-Quran untuk menghafaz kalam Allah SWT.

Kempen Bulan Anak Yatim & Asnaf 2026

Projek Penajaan Anak Yatim dan Asnaf MyCARE terus menjadi jambatan kasih sayang anda. Bermula di Palestin, amanah ini berkembang ke Syria, Filipina, Lubnan, Yaman, sehinggalah