Edaran makanan panas kepada pelarian Gaza

MyCARE telah menyediakan 2,057 hidangan panas berkhasiat kepada 6,172 orang pelarian di kem pelarian An-Naser, Sheikh Radwan, dan kem pelarian Beach dari 7 sehingga 10 Ogos 2026.

 

Setiap keluarga menerima hidangan beras basmati bersama ayam panggang yang siap dimasak untuk meringankan beban mereka yang kehilangan tempat tinggal.

 

Data terkini agensi kemanusiaan mengesahkan bahawa lebih 96% populasi di Utara Gaza kini terperangkap dalam fasa kecemasan keterjaminan makanan yang meruncing.

 

Alhamdulillah, inisiatif ini dapat memastikan keluarga, anak-anak dan warga emas yang daif mendapat makanan yang berkhasiat dan mencukupi.

 


 

 

 

 

 
TONTON VIDEO
 

Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik amalan adalah memberi makan orang lain dan mengucapkan salam.” (HR. Bukhari)

 

Jutaan terima kasih kami zahirkan kepada seluruh penyumbang MyCARE yang teguh menyemai kebaikan buat Palestin.

 

Semoga keprihatinan anda menjadi asbab mengurangkan penderitaan dan mengembalikan harapan kepada mereka yang memerlukan.

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Beri peluang pendidikan kepada anak Gaza

Hampir 98% bangunan sekolah di Gaza kini hancur menjadi debu runtuhan.   Menurut laporan antarabangsa, seramai 1.5 juta kanak-kanak Palestin kini dinafikan akses kepada pendidikan

Kunjungan hormat Duta Palestin

MyCARE telah menyambut kunjungan hormat Duta Palestin H.E. Jehad Fouad alQedra ke pejabat MyCARE.   Sesi pertemuan ini menyaksikan perkongsian isu terkini di Palestin, Gaza