Projek telaga air bantu rakyat Gaza

Alhamdulillah, melalui Projek Kecemasan Pemulihan Infrastruktur Air, MyCARE telah berjaya menyiapkan sebuah telaga air baharu berkapasiti sederhana di kawasan Al-Amn Al-Aam, Utara Gaza.

 

Projek yang dilaksanakan antara 10 hingga 13 Jun 2026 ini bertujuan membantu komuniti yang berdepan krisis bekalan air yang kritikal akibat kemusnahan infrastruktur awam sepanjang konflik yang berterusan.

 

Impak projek:

 

– Sebuah telaga air baharu berjaya digali dan dioperasikan
– Memberi manfaat secara langsung kepada kira-kira 11,000 penduduk
– Menyediakan sumber air yang lebih selamat dan berterusan kepada keluarga-keluarga yang berlindung di kawasan penempatan sementara
– Mengurangkan kebergantungan kepada bekalan air berbayar yang mahal dan tidak menentu

 

Sebelum projek ini dilaksanakan, kawasan sasaran dikenal pasti sebagai antara lokasi yang mengalami krisis air yang sangat serius, dengan sebahagian penduduk menerima kurang daripada 3 liter air bersih sehari bagi setiap individu.

 

Untuk perbandingan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa keperluan asas harian seseorang bagi minuman, memasak dan kebersihan adalah jauh lebih tinggi daripada jumlah tersebut.

 

Lebih membimbangkan, kekurangan air bersih boleh meningkatkan risiko penyakit bawaan air seperti cirit-birit akut, jangkitan kulit dan Hepatitis A, khususnya dalam kalangan kanak-kanak yang tinggal di kawasan sesak dan serba kekurangan.

 


 

 

 

 

 

 

Selain membantu mengurangkan risiko kesihatan, kewujudan telaga ini turut memberi perlindungan kepada wanita dan kanak-kanak yang sebelum ini terpaksa berjalan jauh melalui kawasan yang tidak selamat semata-mata untuk mendapatkan air.

 

Kini, sumber air berada lebih dekat dengan komuniti yang memerlukannya.

 

Mereka tidak lagi perlu menghabiskan wang yang sedikit untuk membeli air daripada pembekal persendirian. Sebaliknya, wang tersebut boleh digunakan untuk membeli makanan, ubat-ubatan dan keperluan keluarga yang lain.

 

Alhamdulillah, dengan dana sebanyak USD13,000 hasil sumbangan rakyat Malaysia, sebuah projek kecil berjaya dilaksanakan tetapi memberi manfaat besar kepada ribuan nyawa.

 

Terima kasih kepada semua penyumbang MyCARE yang terus bersama rakyat Gaza dalam saat-saat yang paling sukar ini.

 

Bantu kami untuk bantu lebih ramai lagi saudara-saudara kita di Gaza.

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk