Adalah: Peserta flotila yang dipintas telah dibawa ke Israel secara paksa

Susulan tindakan rejim Israel memintas Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan juga Global Sumud Flotilla (GSF) secara haram di perairan antarabangsa, para peserta di atas kapal yang termasuklah aktivis solidariti antarabangsa, pembela hak asasi manusia dan sukarelawan perubatan kini dibawa ke Pelabuhan Ashdod di Israel.

Peserta pelayaran yang merangkumi masyarakat awam seluruh dunia telah diculik secara haram dari perairan antabangsa dan dibawa masuk ke dalam wilayah negara haram Israel tanpa kerelaan mereka selepas mereka belayar menuju ke Gaza bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan dan mencabar sekatan yang menyalahi undang-undang.

Sebelum ini, pelbagai jenis informasi seperti keberadaan peserta, status undang-undang dan kesihatan fizikal mereka yang berada di atas kapal tidak diketahui susulan sekatan kepada sebarang akses informasi. Namun akhirnya, barisan peguam bersama dengan sepasukan peguam sukarelawan dibenarkan untuk memasuki Pelabuhan Ashdod bagi memberikan bantuan perundangan.

Adalah sekali lagi menegaskan bahawa pemintasan tentera terhadap kapal-kapal awam di perairan antarabangsa, pemindahan paksa warganegara antarabangsa ke dalam wilayah Israel di luar kehendak mereka dan penafian laluan selamat untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk yang disekat merupakan pelanggaran berat terhadap undang-undang antarabangsa.

Tindakan-tindakan ini merupakan lanjutan langsung daripada dasar hukuman kolektif dan kebuluran oleh Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza. Pasukan perundangan akan mencabar keabsahan penahanan ini dan menuntut pembebasan segera semua peserta flotila tersebut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Peluang akhir sertai MyQurbani

Berita baik untuk yang belum menyertai MyQurbani.Kami lanjutkan tempoh bagi 5 pakej iaitu Pakej Somalia, Yaman, Syria, Sejuk Beku dan Sedekah Daging Gaza sehingga 24

Terima kasih semua!

Dipintas dan diculik bukan bererti misi ini gagal.   Perjuangan ini akan terus diwarisi dari generasi ke generasi untuk mencabar kuasa-kuasa besar yang menindas.  

MyCARE Kutuk Penculikan 428 Aktivis Flotila

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab tentera rejim Zionis menculik 428 orang aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dan Freedom Flotilla Coalition (FFC)

Hari Raya Aidiladha di negara terlibat MyQurbani

Berikut adalah senarai tarikh 10 Zulhijjah bagi negara-negara yang terlibat dengan pelaksanaan MyQurbani.Pastikan anda telah menyertai channel telegram MyQurbani (t.me/myqurbani) untuk laporan pelaksanaan.*Hari Raya Aidiladha