Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab tentera rejim Zionis menculik 428 orang aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dan Freedom Flotilla Coalition (FFC) termasuk 29 orang dari Malaysia di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus pada 18 dan 19 Mei 2026.
Penculikan di perairan antarabangsa, pemindahan secara paksa ke wilayah Israel dan penahanan arbitrari di dalam penjara merupakan pencabulan terhadap hak asasi mereka dan pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa.
Konvensyen Undang-undang Laut Antarabangsa (UNCLOS) 1982 mengiktiraf hak mana-mana kapal awam untuk belayar dengan selamat di perairan antarabangsa, lebih-lebih lagi kapal dengan objektif kemanusiaan.
Artikel 71 (2) Protokol Tambahan Konvensyen Geneva pula menetapkan aktivis kemanusiaan perlu dihormati dan diberikan perlindungan yang sewajarnya dalam melaksanakan tanggungjawab mereka; bukan dihalang apalagi diculik.
Penculikan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan rejim Zionis untuk menghalang komuniti antarabangsa daripada menghantar bantuan kepada rakyat Palestin dan menghentikan hukuman kolektif rejim itu terhadap penduduk Gaza.
Di bawah Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (IHL), hukuman kolektif adalah satu bentuk jenayah perang.
Sehubungan dengan itu, MyCARE menggesa semua pihak:
– mendesak rejim Zionis supaya membebaskan kesemua aktivis kemanusiaan yang diculik;
– mendesak rejim Zionis supaya menghentikan sekatannya ke atas Gaza dan membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan seperti yang telah diputuskan oleh Perhimpunan Agung PBB pada September 2024 dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Oktober 2025;
– menyokong semua usaha untuk menghukum rejim Zionis atas jenayah perang yang ia telah lakukan terhadap rakyat Palestin termasuk melalui Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) serta gerakan rakyat sivil seperti Boycott, Divestment and Sanctions (BDS).
Dato’ Seri Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha
Pengerusi MyCARE
Peluang akhir sertai MyQurbani
Berita baik untuk yang belum menyertai MyQurbani.Kami lanjutkan tempoh bagi 5 pakej iaitu Pakej Somalia, Yaman, Syria, Sejuk Beku dan Sedekah Daging Gaza sehingga 24