“Pelancaran kapal-kapal kami hari ini merupakan tindak balas langsung terhadap peningkatan serangan Israel,” kata Kolonel (B) Ann Wright, Bekas diplomat AS dan ahli Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC).
“Pelayaran ini bukan hanya sebagai simbol untuk membuka jalan bantuan kemanusiaan. Tetapi ia merupakan perjuangan kepada kebebasan pergerakan rakyat Gaza di negara mereka yang berdaulat,” tegas Hj. Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE dan ahli Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC)
Freedom Flotilla Coalition menyeru komuniti antarabangsa, masyarakat sivil, dan pihak media agar menuntut pertanggungjawaban atas serangan Israel terhadap gerakan flotilla.
Kami mendesak semua kerajaan supaya menjamin laluan selamat bagi kapal-kapal armada dan menegakkan prinsip asas undang-undang antarabangsa.
Kami menyeru kepada semua insan yang masih mempunyai hati nurani: janganlah sesekali berpaling.
Kami tidak akan gentar.
Kami akan berlayar untuk memecahkan kepungan Israel.
Ikuti pelayaran ini secara langsung: https://www.youtube.com/live/O-NNQzfCwLU
Boleh lihat tracker rasmi secara live di sini https://mycaregazaflotilla.org.my/ dan
https://freedomflotilla.org/ffc-tracker/
Untuk menyumbang ke Tabung Misi Flotila ke Gaza, klik: https://mycare.qrd.by/misiflotillagaza
Penajaan Anak Yatim Yaman
Lebih sedekad konflik yang berterusan di Yaman telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jutaan kanak-kanak dan keluarga. Mereka bergelut untuk mendapatkan keperluan asas seperti makanan,