Kenyataan Rasmi: MyCARE Kutuk Rejim Zionis Rampas & Culik Anak Kapal GSF

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab rejim Zionis menculik anak-anak kapal Global Sumud Flotilla (GSF) dari perairan antarabangsa awal pagi tadi, Khamis, 30 April 2026.

Penculikan berlaku ketika 57 kapal GSF (termasuk 3 kapal pengiring) berada berhampiran dengan Pulau Crete di Greece, kira-kira 600 batu nautika dari Gaza.

Penculikan ini mencabul undang-undang antarabangsa. Rejim Zionis tidak berhak menghalang mana-mana kapal daripada belayar di perairan antarabangsa apalagi menculik anak-anak kapalnya.

Tindakan merampas dan menculik anak-anak kapal GSF jauh dari perairan Israel ini menggambarkan keangkuhan rejim Zionis yang bersedia meluaskan wilayah penguasaannya sehingga ke perairan Eropah. Inilah kesan buruk daripada kegagalan dunia menghukum rejim Zionis daripada jenayah kemanusiaannya selama ini.

Setakat jam 1 tengahari waktu Malaysia, laman sesawang penjejak GSF menunjukkan 22 buah kapal telah pun dirampas. Nasib kapal-kapal lain masih belum diketahui.

Sehubungan dengan itu, MyCARE menggesa semua pihak:

– mendesak supaya rejim Zionis membebaskan kesemua anak kapal yang diculik dan menghentikan serta-merta tindakan melanun kapal-kapal flotila di laut mediterranean;

– menyokong semua usaha (termasuk misi flotila) untuk mendesak rejim Zionis supaya menghentikan sekatannya terhadap Gaza. Semua pihak berhak mendapat akses ke Gaza seperti yang telah diputuskan oleh Perhimpunan Agung PBB (September 2024) dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) (Oktober 2025);

– menyokong semua usaha untuk menghukum rejim Zionis atas jenayah kemanusiaan yang telah ia lakukan terhadap rakyat Palestin supaya wewenang rejim itu dapat dihentikan.

Dato’ Seri Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha,
Pengerusi MyCARE.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan