Pada 28 Ramadan, satu lagi usaha kemanusiaan telah berjaya direalisasikan di bumi Syria membawa sinar harapan di tengah ujian yang berpanjangan. Melalui inisiatif ini, bantuan hidangan sedia dimakan untuk iftar serta food pack telah diagihkan kepada komuniti yang terjejas akibat bencana banjir, yang terus menguji ketabahan hidup mereka.
Projek ini menyantuni Internally Displaced Persons (IDPs) di lokasi-lokasi berikut:
– Der Hassan Camp
– Jisr Ash-Shughur
– Hama Center
– dan lain-lain
Di saat ramai berbuka dalam kesederhanaan, para penerima menerima hidangan iftar yang bukan sekadar mengenyangkan, tetapi juga mengubat keletihan jiwa:
– Roti
– Air minuman
– Kurma
– Salad atau ayran
Bagi setiap keluarga, food pack yang disalurkan menjadi bekalan penting untuk meneruskan kehidupan harian. Ia mengandungi:
– Beras, minyak masak dan tepung
– Pasta, pes tomato dan bulgur
– Teh, vermicelli, marjerin dan gula
Projek ini dijalankan oleh 2 rakan pelaksana ATAA Humanitarian Relief Association dan Syrian Women Association (SWA), sebagai sebahagian daripada Kempen MyRamadan oleh Rose2Rose, yang bukan sekadar menyampaikan makanan, tetapi juga menyalurkan rasa peduli, kasih sayang, dan solidariti kepada saudara-saudara kita di Syria yang diuji dengan bencana.
Dalam serba kekurangan, sumbangan ini memberi lebih daripada sekadar keperluan asas. Ia menghadirkan kelegaan, harapan, dan kekuatan untuk terus melangkah di hari-hari mendatang.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ilham Al Irshad Berhad dan semua penyumbang. Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi saham akhirat yang berpanjangan, dikurniakan ganjaran berlipat ganda, serta menjadi cahaya yang menerangi kehidupan mereka yang memerlukan.