Dapur iftar Myanmar

Di Kyauktaw, sebuah kawasan di negeri Rakhine, Myanmar, ramai keluarga Muslim masih hidup dalam keadaan yang serba terbatas selepas bertahun tahun berdepan konflik dan krisis kemanusiaan. Ramai antara mereka tinggal di perkampungan terpencil dan kem pelarian dengan akses makanan yang sangat terhad.

 

Melalui kempen MyRamadan, MyCARE telah melaksanakan Program Dapur Iftar Ramadan di Kyauktaw bagi membantu komuniti yang memerlukan sepanjang bulan Ramadan.

 

Sepanjang 21 hingga 24 Februari 2026, dapur iftar ini telah menyediakan dan mengagihkan sejumlah 3,400 pek hidangan berbuka puasa kepada penerima yang memerlukan.

 

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,300 pek iftar disalurkan khusus kepada anak anak yatim, golongan asnaf serta fakir miskin. Manakala 2,100 pek iftar lagi diagihkan kepada masyarakat di 12 buah perkampungan serta kem pelarian Islam di sekitar Kyauktaw.

 


 

 

 

 

 

Menurut laporan kemanusiaan antarabangsa, ratusan ribu komuniti Muslim di negeri Rakhine masih memerlukan bantuan kemanusiaan termasuk bantuan makanan dan keperluan asas untuk meneruskan kehidupan harian mereka.

 

Melalui sumbangan rakyat Malaysia, program dapur iftar ini dapat dilaksanakan dan memberi manfaat kepada ribuan penerima yang memerlukan.

 

Salurkan infaq anda melalui:

 

Atau ke akaun:

 

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB: 8602 135 592
Rujukan: ramadan

 

Bukti pembayaran (bank transfer) boleh dihantar ke:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah