[Volunteer] Program DIY Meja Study & Aktiviti Psikososial

Bermula dengan papan kayu dan peralatan asas, berakhir dengan meja belajar yang siap digunakan. Program ini bukan sekadar tentang memasang meja, tetapi membina ruang harapan, kerjasama dan kebersamaan.

 

Program DIY Meja Study dan Aktiviti Psikososial telah dilaksanakan di MyC4RE Learning Centre, Sungai Tekali bersama sukarelawan yang komited dan penuh semangat.

 

Sukarelawan berganding bahu memasang skru, mengilatkan permukaan meja dengan syelek serta memasang kaki meja bagi menggantikan meja yang telah rosak. Usaha ini bagi memastikan para pelajar mempunyai ruang pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

Selain itu, aktiviti psikososial seperti senaman ringan, bunny craft, origami katak dan sesi melukis turut dijalankan bersama anak-anak Rohingya. Aktiviti ini bertujuan membina keyakinan diri, mengukuhkan sokongan motivasi serta mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih ceria dan bermakna.

 

Terima kasih kepada semua sukarelawan yang menjayakan inisiatif ini. Daripada papan kosong menjadi meja belajar yang siap berdiri, setiap usaha anda memberi impak nyata kepada komuniti.

 

MyCARE terus mengiktiraf dan memanfaatkan kepakaran sukarelawan sebagai tunjang utama dalam setiap pelaksanaan aktiviti kesukarelawanan.

 

Anda bukan sekadar sukarelawan, anda pencetus perubahan.

2 comments

  1. Hi, My name is Farisha…I joined this mycare event at Sungai Tekali last February but still didnt get the e certificate yet. By that, I want to know how to get the e certificate because I want to use it in my upcoming schoolarship interview. Hope to hear from you soon. Thanks for assisting.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan