Misi kedua ke Aceh

Alhamdulillah, pasukan gabungan MyCARE yang melibatkan wakil HQ bersama MyCARE Negeri Kuala Lumpur, Johor, Terengganu dan Sabah kini selamat tiba di Aceh Tamiang bagi melaksanakan misi kemanusiaan yang amat bermakna.

 

Kehadiran kami di sini adalah untuk menyantuni saudara kita di Sumatera yang masih bergelut dengan kesan bencana banjir lumpur yang melanda yang melanda sejak November 2025 yang lalu.

 

Namun, sepanjang perjalanan menuju ke tempat penginapan, hati kami tersentuh menyaksikan sisa kemusnahan yang ditinggalkan oleh bencana tersebut.

 

Bayangkan, sehingga hari ini rata-rata penduduk yang terjejas terpaksa berteduh di dalam khemah sementara kerana rumah mereka yang musnah masih belum sempat dibangunkan semula walaupun Ramadan sudah kunjung tiba. Deretan kedai juga masih kusam diselaputi debu dan tanah kering yang belum mampu dibaiki.

 


 

 

 

 

Misi kali ini memfokuskan kepada pengagihan pek makanan iftar dan sahur melalui beberapa agensi pengagihan, selain melaksanakan aktiviti psikososial khusus buat wanita dan kanak-kanak bagi memulihkan semangat mereka.

 

Segala usaha ini dijayakan hasil sumbangan utama daripada Yayasan Buruj dengan kerjasama rakan pelaksana lapangan kami iaitu Rumah Zakat.

 

Mohon doakan agar urusan agihan kami esok dipermudahkan dan berjalan lancar dalam keberkatan bulan Ramadan meskipun kami sedang berpuasa di negeri orang.

 

Semoga bantuan ini mampu membawa sedikit sinar dan senyuman buat mereka yang memerlukan.

 

Salurkan infaq anda melalui:

 

Atau ke akaun:

 

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB: 8602 135 592
Rujukan: ramadan

 

Bukti pembayaran (bank transfer) boleh dihantar ke http://wasap.my/60166366369  atau emel ke myramadan@mycare.org.my

 

Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi asbab kelegaan buat mereka yang diuji, dan menjadi pemberat amal kebaikan buat kita semua.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Malapetaka 15 Mei 1948

An-Nakbah bermula pada tahun 1948, rentetan daripada pengisytiharan negara Israel. Secara paksa, lebih 750,000 rakyat Palestin dihalau keluar dari kampung halaman mereka, manakala ratusan bandar

Pakej Pilihan Palestin

78 tahun berlalu sejak tragedi Nakbah 1948, namun luka rakyat Palestin masih belum sembuh. Hingga hari ini, jutaan warga Palestin terus hidup sebagai pelarian, dinafikan

Car boot sale @ Kota Damansara

Kami sedang mengumpul barangan terpakai untuk dijual di Kota Damansara seperti tarikh di poster.Barangan terpakai yang kami sasarkan ialah seperti: Perkakas rumahBeg atau handbagMainan kanak-kanak

Ikuti perjalanan flotilla secara rasmi

Empat kapal FFC dengan 30 peserta dari 12 negara telah memulakan pelayaran dari Sicily.Freedom Flotilla Coalition menyeru komuniti antarabangsa, masyarakat sivil, dan pihak media agar