[Misi Kemanusiaan Sumatera 2] Pasar percuma untuk warga Aceh

Lebih 300 buah keluarga di Kampung Geudumbak, Aceh menerima manfaat menerusi Program Pasar Percuma hasil kerjasama MyCARE dan Econsave Cash And Carry.

 

Melalui inisiatif ini, MyCARE bersama rakan strategik menyediakan pelbagai keperluan asas dapur secara percuma seperti sayur-sayuran segar, bawang, telur dan barangan asas lain untuk membantu keluarga yang masih dalam proses pemulihan pascabencana banjir.

 

Bagi MyCARE, program ini bukan sekadar agihan barang, tetapi usaha mengembalikan senyuman dan memberi ruang bernafas kepada keluarga yang terjejas, lebih-lebih lagi menjelang Ramadan. Ada antara penerima memaklumkan mereka langsung tidak mempunyai bekalan makanan di rumah sebelum menerima bantuan.

 

Dengan peruntukan sebanyak 10 juta Rupiah, MyCARE terus komited memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan, dengan sokongan padu daripada Econsave dan komuniti setempat yang turut bersama menjayakan program ini.

 


 

 

Program ini merupakan misi kedua daripada dua misi yang sedang berjalan di Aceh. Misi MyCARE Aceh 2.0 bersama Econsave serta rakan media termasuk RTM, TV AlHijrah, Bernama dan Channel 10 telah berlepas pada 15 Februari 2026 hingga 20 Februari 2026.

 

Fokus misi ini adalah pelaksanaan projek sempena Ramadan seperti program iftar dan agihan pek makanan.

 

Terima kasih kepada semua penyumbang yang sentiasa menyokong usaha MyCARE dalam membantu komuniti yang diuji.

 

 

Ayuh teruskan sokongan anda bersama MyCARE agar lebih ramai keluarga dapat dibantu, bukan sahaja di dalam negara malah di seluruh dunia.

 

Kredit Berita RTM

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pakej Qurban & Aqiqah 2026

“Qurban bermula serendah RM200, sijil dapat, laporan ada, panel syariah ada, audit pun ada.”   Mengangkat syariat Allah SWT supaya umat Islam melaksanakan ibadah qurban

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Aktiviti psikososial & hadiah raya

MyCARE telah melaksanakan aktiviti psikososial dan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak pelarian Palestin di Lubnan di bawah kempen MyRamadan 2026.   Seramai 300 orang