MyRamadan 2026 kembali lagi

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) meneruskan misi MyRamadan dengan semangat yang lebih besar supaya nikmat Ramadan dapat dirasai bersama.
 
Tahun ini, kami sasarkan 100,000 penerima manfaat daripada golongan asnaf di 15 buah negara termasuk Palestin, Syria, Yaman, Sudan, Nepal, Afghanistan dan juga Malaysia.
 
Tahun lalu, MyRamadan berjaya membantu 79,047 penerima manfaat dengan jumlah agihan RM2.06 juta hasil sokongan rakyat Malaysia.
 
Tahun ini kita mahu gandakan kebaikan itu.
 
Anda boleh sertai melalui tajaan berikut:
 
Pek Makanan
Iftar dan Sahur
Bantuan Khas Gaza
Bantuan Anak Yatim
Pakaian Raya
 
Di Gaza, iftar bukan sekadar waktu berbuka. Ia tentang kelangsungan hidup.
 
Di Malaysia sendiri, masih ada keluarga yang terpaksa memilih antara bayar bil atau beli beras.
 
Ramadan kita mungkin sederhana.
Tetapi bagi mereka, sumbangan sahur atau pek makanan mahupun baju raya sangat bermakna
 
Ayuh berkongsi rezeki sekarang
https://mycare.qrd.by/myramadanvol
 
Atau salurkan ke
 
Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB 8602 135 592
Rujukan: ramadanvol
 
Hantar bukti pembayaran ke
http://wasap.my/60183675212

myramadan@mycare.org.my

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah