[Misi Kemanusiaan Sumatera 2] MyCARE & Econsave salur air bersih

Bantuan seterusnya diteruskan melalui agihan air bersih kepada penduduk Kampung Yudombang, Aceh Utara sempena persiapan menyambut bulan Ramadan.

 

Sumbangan ini dijayakan oleh Econsave Cash and Carry bersama Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan Aceh 2.0.

 

Sebanyak 10,000 liter air bersih dihantar menggunakan dua buah lori tangki bagi memastikan keperluan asas penduduk dapat dipenuhi.

 

Bekalan ini memberi manfaat kepada kira kira 1,000 penduduk dan dijangka mampu bertahan antara satu hingga dua minggu. Dalam keadaan pascabencana banjir dan tanah runtuh, akses kepada air bersih masih menjadi cabaran utama yang menjejaskan urusan harian termasuk memasak, membersih dan beribadah.

 


 

 

Selain Kampung Yudombang, bantuan turut disalurkan ke kawasan yang teruk terjejas seperti Kampung Gedubang dan Mukim Langkahan di Aceh Utara serta Aceh Tamiang.

 

Bagi MyCARE, air bersih bukan sekadar keperluan asas tetapi sumber kehidupan yang memulihkan maruah dan kesihatan komuniti. Setiap liter yang disalurkan membawa kelegaan dan harapan buat keluarga yang sedang bangkit membina semula kehidupan.

 

 

Salurkan infaq anda melalui: https://mycare.qrd.by/myramadan

 

Teruskan bersama MyCARE dalam memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan. Sokongan anda amat bermakna dalam meneruskan misi kemanusiaan ini.

 

Kredit Berita RTM

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk