Di Lhok Merbo, Acheh, wakil MyCARE Johor yang turut serta dalam Misi Kemanusiaan Acheh 2.0 telah menyampaikan sumbangan sebanyak IDR 400,000 (RM100) kepada Ibu Ramayati, 36 tahun, seorang OKU dan ibu kepada dua cahaya mata kecil berusia 3 tahun dan 1 bulan.
Dalam serba kekurangan, beliau tetap kuat membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang. Sumbangan ini mungkin tidak besar nilainya, namun ia hadir sebagai tanda bahawa beliau tidak keseorangan β ada saudara seiman yang peduli dan bersama meringankan beban mereka menjelang ramadhan ini.
Terima kasih kepada semua penyumbang yang terus menjadi asbab harapan buat keluarga seperti ini.
Semoga setiap ringgit yang diberi menjadi pahala berpanjangan dan sinar baharu buat Ramayati dan anak-anaknya.
π¨πππ πππππππππ ππππππ ππππππππ.
Atau salurkan melalui:
Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB: 8602 135 592
Rujukan: Ramadan Jhr
Hantar bukti sumbangan: