Projek naik taraf dewan demi kesejahteraan penduduk

Alhamdulillah, sebanyak RM20,000 telah disumbangkan bagi projek naik taraf Dewan Kampung Batu 48, Bongor. Dewan ini telah digazetkan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) — lokasi penting ketika kecemasan dan bencana.

 

Naik taraf ini bukan sekadar binaan.
Ini tentang keselamatan penduduk,
tentang kesediaan menghadapi musibah, dan tentang tanggungjawab menjaga komuniti sendiri.

 


 

 

Antara skop kerja yang telah dilaksanakan melalui peruntukan ini adalah:

 

Pembaikan tandas sedia ada
Penambahan satu (1) unit tandas baharu
Pembinaan pagar konkrit baharu
Naik taraf sistem pendawaian elektrik
Kerja-kerja mengecat semula dewan

 

Selain itu, MyCARE turut menyumbangkan 52 helai jaket keselamatan kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling sebagai sokongan kepada petugas barisan hadapan dalam melaksanakan tugas kecemasan dan pengurusan bencana.

 

Pelaksanaan inisiatif ini telah dijayakan dengan kerjasama JPKKP Kampung Batu 48, Bongor, Penghulu Mukim Baling serta APM Daerah Baling.

 


 

 

 

Diharapkan segala usaha dan sumbangan ini dapat memberi manfaat berterusan kepada komuniti setempat serta memperkukuhkan kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan.

 

Terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang dan menyokong.

 

Bila komuniti bergerak bersama, tiada siapa tertinggal.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah