MyCARE sah AJK RAKAN NADMA

MyCARE telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa RAKAN NADMA berkuatkuasa 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2027.

Perlantikan ini adalah pengiktirafan rasmi daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap penyelarasan pengurusan bencana di Malaysia.

Keahlian RAKAN NADMA sendiri menunjukkan komitmen organisasi dalam menjadi sebahagian daripada jaringan rakan strategik bersama agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan untuk menyokong kesiapsiagaan dan respons bencana di peringkat nasional.

Sebagai ahli jawatankuasa, MyCARE bukan sekadar berdaftar sebagai RAKAN NADMA yang biasa, tetapi turut dijemput untuk memberi buah fikiran serta mengambil bahagian dalam perbincangan strategik bagi menambahbaik sistem tindak balas dan pengurusan bantuan bencana negara.

Ini termasuk berkongsi pengalaman lapangan, cadangan operasi, serta sokongan kepada mekanisme kesiapsiagaan dan pemulihan bencana yang lebih cekap dan berkesan. Peranan ini menempatkan MyCARE dalam ruang kerjasama yang lebih rapat dengan NADMA dan pelbagai pihak berkepentingan lain dalam sektor kemanusiaan dan pengurusan risiko bencana.

Dengan pengiktirafan ini, MyCARE akan terus memperkukuh sumbangan kepada komuniti terutama semasa krisis, serta memainkan peranan aktif dalam usaha keseluruhan negara untuk menjadi lebih bersedia dan berdaya tahan menghadapi pelbagai cabaran bencana.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah