Bantuan makanan Kemboja

Konflik sempadan antara Kemboja dan Thailand telah menyebabkan lebih daripada setengah juta orang dipaksa meninggalkan rumah mereka dan menghadapi kesukaran untuk memenuhi keperluan asas mereka semasa pertempuran yang berlarutan pada akhir 2025.

 

Dalam respon kepada krisis ini, MyCARE melalui Asian Foundation for Education and Development Organization, Cambodia telah menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga yang terjejas.

 

Program ini telah membantu 180 buah keluarga di wilayah Koh Kong dan 100 buah keluarga di wilayah Kompot, memberikan sokongan kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal, sumber pendapatan dan kehidupan yang stabil akibat konflik.

 


 

 

 

 

 

Bantuan ini memberi kelegaan dan harapan kepada kanak-kanak, wanita dan warga emas yang sangat terdedah dalam menghadapi ketidakpastian hidup.

 
Tonton video
 

Terima kasih kepada semua penderma yang menyokong usaha ini dan membantu keluarga yang memerlukan dalam masa mencabar ini.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Misi Kemanusiaan Syria & Lubnan 2026

Musim sejuk kini kembali menyelubungi bumi Syria dan Lubnan. Bagi jutaan pelarian yang berlindung di dalam khemah daif, ketibaan musim ini membawa ujian suhu beku

Kisah Salman yang Enggan Mengalah

Salman kehilangan kedua ibu bapanya sejak kecil. Kehidupannya dipenuhi kehilangan. Peperangan di Gaza telah menambahkan lagi kesukaran kepada beliau. Salman terpaksa hidup berpindah-randah, menyaksikan kemusnahan,

Winter Relief 2026: Selimutkan Daku

“Khemah, tempat tidur, pakaian, dan bekalan makanan kami semuanya tenggelam di bawah air banjir berlumpur.”Rintihan mangsa ini menjadi realiti pahit bagi lebih 100,000 orang pelarian