Khidmat rawatan percuma di Gaza

MyCARE telah melancarkan Medical Home Service – sebuah perkhidmatan rawatan ke rumah / tempat perlindungan yang memberi nafas lega kepada mereka yang tidak lagi mampu ke hospital.

 

Sepanjang November 2025, lebih 300 buah sesi rawatan telah dilaksanakan untuk 110 orang pesakit yang cedera di Gaza City dan Jabalia Camp.

 

Setiap hari, pasukan perubatan terdiri daripada doktor, jururawat, fisioterapis dan pegawai sokongan psikologi masuk ke kawasan paling terjejas untuk membersihkan luka, menukar balutan, menguruskan kesakitan, memberi fisioterapi dan membekalkan ubat-ubatan yang kebanyakannya sudah tiada di farmasi tempatan.

 

Semua ini dilakukan secara percuma, terus di rumah / tempat perlindungan tanpa bayaran.

 

Alhamdulillah, bantuan ini bukan sekadar rawatan, tetapi penyelamat. Ada yang terpaksa membayar sehingga USD 100 seminggu hanya untuk tambang ke hospital.

 


 

 

 

 

Ada ibu yang menangis lega kerana anaknya tidak lagi perlu dipapah menahan kesakitan.

 

Terima kasih kepada para penyumbang MyCARE yang berkongsi rezeki membantu saudara-saudara kita di Gaza.

 

 

Ayuh bersama kita teruskan bantuan ini agar lebih ramai pesakit yang menderita dapat dirawat, dipulihkan dan diselamatkan. Semoga setiap sumbangan menjadi amal yang mengalir tanpa henti.

 

 

Bersama kita bina semula Gaza!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.