Sumbangan baju sejuk Gaza

Musim sejuk di Gaza sudah tiba dan bagi ribuan keluarga yang kehilangan rumah akibat peperangan, suhu sejuk bukan sekadar ketidakselesaan. Ia mengancam nyawa.

 

Alhamdulillah, dengan sokongan Yayasan Buruj, MyCARE telah mengagihkan 275 keping baucar pakaian musim sejuk kepada keluarga yang tinggal di kem pelarian serta yang berlindung di sekolah.

 

Setiap baucar bernilai RM290 untuk ibu bapa memilih sendiri pakaian tebal untuk dua orang anak. Sebahagian berjaya membeli 3 pakaian sejuk.

 

Anak-anak ini memilih saiz sendiri. Memilih warna kegemaran. Dan pulang dengan wajah yang lebih yakin untuk menghadapi cuaca sejuk.

 

 


 

 

Dalam tempoh 10–15 November 2025, seramai:

 

– 550 orang penerima langsung — majoriti kanak-kanak berusia 3–15 tahun
– 275 buah keluarga dibantu — ramai ibu tunggal, yatim, dan keluarga besar berpendapatan sifar
– Semua bantuan ditebus di Al-Muzainy Mall, Gaza

 

Ibu bapa mengakui harga pakaian musim sejuk meningkat mendadak akibat krisis. Tanpa bantuan ini, mereka tidak mampu langsung menyediakan jaket, stoking, atau pakaian tebal untuk anak-anak. Selepas agihan, guru sekolah melaporkan ramai kanak-kanak hadir lebih hangat, lebih sihat, dan lebih bersemangat.

 

Setiap sumbangan anda adalah perlindungan daripada penyakit berbahaya seperti sesak pernafasan, pneumonia, dan selsema teruk.

 
Tonton video
 

Terima kasih Yayasan Buruj dan orang ramai yang menyumbang melalui MyCARE.

 

Nurturing Humanity, Making a Difference.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Jom bina semula Gaza!

Di sebalik debu dan runtuhan konkrit yang memusnahkan penempatan di Gaza, ribuan keluarga terpaksa bertahan hidup di bawah khemah serba daif. Kanak-kanak menangis kelaparan, mangsa

Agihan bakul sayuran & buah segar

Sanggupkah seorang ibu melihat anak kecilnya menangis kebuluran tanpa khasiat sayur segar berbulan lamanya?   Data rasmi agensi tempatan menunjukkan lebih 85% tanah pertanian di