Di saat ratusan keluarga masih terkesan akibat banjir, MyCARE terus turun ke lapangan membawa sedikit senyuman dan kelegaan buat mereka yang berlindung di PPS SK Desa Aman, Kuala Selangor.
MyCARE telah mengagihkan 1,050 pek roti 7Days dan permainan kanak-kanak kepada 931 orang mangsa daripada 229 buah keluarga yang sedang berdepan hari-hari mencabar di pusat pemindahan. Buah tangan untuk para petugas juga turut dikongsikan bersama.
Terima kasih kepada para penyumbang yang terus menyokong misi kemanusiaan ini. Setiap sumbangan anda benar-benar memberi makna.
Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?
Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji