Bantuan Banjir Pakistan

Hujan monsun lebat sejak Ogos telah menenggelamkan kawasan di Punjab, Sindh dan Balochistan. Sehingga 16 September 2025, lebih 4.4 juta orang terjejas. Di Muzaffargarh sahaja, 394,000 penduduk dan 26 kampung tenggelam sepenuhnya.

 

Hasil pertanian musnah, hampir 775,000 tan tebu dan 51,000 tan padi hilang, bersama lebih 300,000 tan makanan ternakan.

 

Ini bukan sekadar kerugian ekonomi, tetapi tamparan kepada ribuan keluarga petani yang kini kehilangan sumber hidup.

 

Ramai keluarga masih berlindung di khemah sementara, fasiliti awam atau di tepi jalan dengan bekalan makanan, air bersih dan rawatan perubatan yang amat terhad.

 

Risiko penyakit bawaan air dan denggi semakin meningkat akibat genangan air banjir.

 


 

 

 

 

 

Dalam situasi ini, MyCARE bersama rakan kerjasama tempatan Alkhidmat Foundation Pakistan (AKFP) telah turun padang menyalurkan bantuan kecemasan:

 

Kasur – 11 September 2025
100 pek makanan kering, 10 periuk makanan siap dimasak, 100 kit kebersihan

 

Jhung – 14 September 2025
150 pek makanan kering, 10 periuk makanan siap dimasak, 150 kit kebersihan

 

Tandianwala – 15 September 2025
150 pek makanan kering, 10 periuk makanan siap dimasak, 150 kit kebersihan

 

Lahore (Chung) – 5 dan 6 September 2025
2 kem perubatan untuk rawatan kecemasan, penyakit bawaan air dan kesihatan asas

 

Keseluruhannya, sebanyak 400 pek makanan kering, 30 dapur periuk makanan siap dimasak, 400 kit kebersihan dan 2 kem perubatan telah disalurkan kepada mangsa banjir.

 

Bencana ini belum berakhir. Rakyat Pakistan masih sangat memerlukan doa, sokongan dan solidariti kita.

 

Sumber: UNOCHA Flash Update No.9 (16 Sept 2025), UN News

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!