Solidariti bersama aktivis Palestin

Semalam, tiga orang wakil MyCARE – Dr. Fauziah Hasan, Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar dan Puan Norsham Abu Bakar, telah hadir menyatakan solidariti bersama aktivis-aktivis IHH dan Mavi Marmara Foundation (MMF) di Pelabuhan Haydarpasa, Istanbul, Turkiye.

 

Aktivis IHH dan MMF telah berkampung di pelabuhan tersebut sejak 3 bulan yang lalu untuk membantah tindakan pihak berkuasa menghalang kapal Conscience daripada belayar menuju ke Gaza.

 

Kapal ini merupakan salah satu daripada 3 kapal Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang sepatutnya belayar ke Gaza pada bulan April yang lalu. Walau bagaimanapun, kapal-kapal ini telah dihalang daripada belayar atas pelbagai alasan teknikal selain tekanan daripada ‘kuasa-kuasa’ di belakang tabir.

 


 

 

 

 

 

Wakil MyCARE kini berada di Istanbul untuk menghadiri mesyuarat FFC bagi merangka strategi seterusnya dalam usaha memecahkan kepungan ke atas Gaza.

 

Doakan misi ini berjaya.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah