Misi Jordan MyCARE x CHNS

Delegasi dari CHNS (Council of Humanitarian Network of Sheikul Islam MyCARE dan Al-Khair Foundation baru-baru ini telah bertemu dengan Tuan Wisam Nizar Al Saqqa, Pengarah Gudang & Perolehan Jordan Hashemite Charity Organization (JHCO).

 

Pertemuan ini sangat bermakna kerana JHCO merupakan satu-satunya organisasi yang dibenarkan membawa bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza.

 

Melalui kolaborasi ini, bantuan yang dirancang akan diuruskan secara teliti untuk memastikan ia sampai kepada mereka yang paling memerlukan di Gaza.

 


 

 

 

Hubungan strategik dengan JHCO menjadi kunci penting dalam usaha menyampaikan harapan dan bantuan kepada saudara-saudara kita di kawasan konflik.

 

Kami berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat, khususnya penyumbang yang terus mendukung misi kemanusiaan ini. Setiap usaha yang dilakukan mencerminkan komitmen kita bersama untuk membantu penduduk Gaza yang memerlukan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah