[MyRamadan] Bantuan Bekalan Makanan bagi asnaf Pangsapuri Baiduri

Bertempat di Surau Al-Falah, Pangsapuri Baiduri Fasa 6, Bandar Tasik Kesuma telah berlangsung majlis penyerahan 160 pek makanan kepada 160 buah keluarga asnaf dari 2 kejiranan iaitu Pangsapuri Baiduri dan Pangsapuri Mutiara.

 

Pek makanan ini mengandungi beras (5kg), tepung (1kg), bihun (1 pek), minyak masak paket (1kg), garam (1 pek), gula (1kg), sardin (1 tin), sos cili (1 botol), sos tiram (1 botol), cili giling (1 pek), biskut (1 pek), ayam (seekor – 1.7kg) dan daging beku (1 pek – 1kg).

 

Delegasi MyCARE diketuai oleh Haji Kamarul Halim Sakrani, Pengurus Kanan (Projek) serta 7 orang sukarelawan manakala bagi pihak penerima bantuan diwakili oleh Bendahari Surau Al-Falah iaitu Haji Maizan Ahmad merangkap amil komuniti tersebut.

 


 

 

 

 

 

 

Alhamdulillah senyuman terpancar pada setiap wajah penerima. Terima kasih kepada para penyumbang dermawan.

 

Ayuh kumpul gandaan pahala sedekah seawal Ramadan sehingga akhirnya.

 

ATAU

 

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB : 8602 135 592
Rujukan: ramadan

 

Hantar bukti pembayaran jika melalui bank transfer ke:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah