Psychosocial with Refugees

Pengalaman kami dalam menyantuni anak-anak pelarian sebelum ini, rata-rata mereka tidak mempunyai cita-cita seperti anak-anak kita yang bersekolah malah mereka tidak tahu nak jadi apa ketika menginjak dewasa nanti kerana merasa terbatas untuk melakukan apa sahaja.
 
Manakan tidak, akses kepada pendidikan dan peluang pekerjaan yang tersedia buat mereka sangat terhad.
 
Ada juga di kalangan mereka yang tidak mampu berkomunikasi dengan baik akibat dari keterbatasan dalam pergaulan dengan masyarakat luar.
 
Sokongan psikososial merupakan salah satu kompenan penting untuk pembentukan kendiri yang positif dan mampu berfungsi secara baik dalam kelangsungan hidup serta perhubungan sosial.
 
MyCARE di bawah Unit Kesukarelawanan bersama-sama MyCARE Terengganu akan mengadakan program, “Psychosocial With Refugees”.
 
Maklumat program adalah seperti berikut:
 
Tarikh: 10 Feb 2023 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi – 1 petang
Lokasi: Madrasah Bukit Bayas, Kuala Terengganu
 
Jadi…, ayuh!!! Bantu kami, baik dari sudut tenaga dan juga wang ringgit bagi merealisasikan hasrat dan impian kami untuk melihat kanak-kanak ini gembira serta dapat mempelajari ilmu kemahiran hidup yang bakal diterapkan dalam kehidupan mereka kelak.
 
Imbas dan infaq sumbangan anda ke:

 
INGIN MENJADI SUKARELAWAN?
Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin menjadi sukarelawan pada tarikh & tempat tersebut, daftar di sini:
wasap.my/+60103145085 (En. Hud) (Sertakan NAMA, NO KAD PENGENALAN DAN ALAMAT KEDIAMAN)
 
Untuk mendapatkan maklumat tentang aktiviti psikososial bawah unit Kesukarelawanan MyCARE, layari: https://www.mycare.org.my/volunteers-~psychosocial~-with…/

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan

Bantuan susu, lampin & kit wanita

Bunyi tangisan bayi yang kian melemah di dalam khemah menandakan tubuh kecil itu sudah kehabisan tenaga.Menurut laporan situasi OCHA pada 7 Ogos 2026, lebih 50,000