Penasihat Kehormat MyCARE, Dr. Hafidzi bin Mohd Noor

MyCARE ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan pengerusi, Dr. Hafidzi bin Mohd Noor, atas sumbangan dan kepimpinan beliau menerajui MyCARE selama lebih sedekad.
 
Di bawah kepimpinan beliau, MyCARE telah mencipta pelbagai kejayaan dan menerima pelbagai pengiktirafan baik dalam mahu pun luar negara.
 
Di bawah kepimpinan beliau, MyCARE telah berjaya meluaskan capaian khidmat kemanusiaan kami daripada Palestin sahaja kepada 22 buah negara termasuk Malaysia dengan bantuan terkumpul setakat Disember 2021 berjumlah RM163 juta.
 
Di bawah kepimpinan beliau juga, MyCARE telah diberikan kepercayaan oleh Bank Negara untuk mewakili Malaysia ke Financial Action Task Force (FATF) Mutual Evaluation Exercise, menerajui South East Asia Humanitarian Committee (SEAHUM), menganggotai Jawatankuasa Pepandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), menjadi rakan kerjasama United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) Malaysia dan menerima ‘Special Consultative Status’ daripada United Nations Economic and Social Council (ECOSOC).
 
Jasa, sumbangan dan kepimpinan beliau ini telah membolehkan beliau dinobat sebagai salah seorang Tokoh Anugerah Maulidur Rasul 1436H/2015 Peringkat Kebangsaan.
 
Biarpun tidak lagi menerajui MyCARE, mengambil kira ketokohan dan pengalaman beliau, Lembaga Pemegang Amanah MyCARE sebulat suara telah bersetuju untuk melantik beliau sebagai Penasihat Kehormat MyCARE (Honorary Advisor).
 
Terima kasih dan tahniah Dr.
 
9 Disember 2022

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pakej Qurban & Aqiqah 2026

“Qurban bermula serendah RM200, sijil dapat, laporan ada, panel syariah ada, audit pun ada.”   Mengangkat syariat Allah SWT supaya umat Islam melaksanakan ibadah qurban

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Aktiviti psikososial & hadiah raya

MyCARE telah melaksanakan aktiviti psikososial dan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak pelarian Palestin di Lubnan di bawah kempen MyRamadan 2026.   Seramai 300 orang