Projek ikon Sekolah Malaysia di Syria

Hari pertama di Syria, team Misi Kemanusiaan MyCARE-Econsave hadir di majlis persmian pelancaran pembinaan Sekolah Malaysia di sebuah kem pelarian di daerah Azaz di Syria.

 

Majlis pelancaran dimulakan dengan ucapan Prof. Madya Dr. Mohd Zin Kandar, Ahli Pemegang Amanah MyCARE merangkap Ketua Misi Kemanusiaan MyCARE-Econsave ke Syria. Beliau menyampaikan salam dari rakyat malaysia, khususnya para penderma projek-projek MyCARE di Syria.

 

Turut hadir di majls bersejarah tersebut ialah Mr. Hakan, wakil Afad (pihak berkuasa Turkey di Gaziantep), Mr. Mahmud Hasan, Pengurus Perhubungan Kementerian Pendidikan di Azaz Syria, Mr. Mahmud Zamud, wakil kerajaan tempatan, Mr. Saddam, Pengurus Kawasan Ataa’, Mr. Mustafa Bay, Pegawai Pendidikan dari Wilayah Kellis Gaziantep serta En. Mas Imran Adam, Pengurus Besar Econsave Cash & Carry.

 


 

 

 

Sekolah yang dilancarkan pembinaan pada 28 Jun 2022 itu bernilai RM1,000,000.00 yang akan memakan masa 6 bulan pembinaan. Reka bentuknya akan menempatkan 16 bilik darjah, pejabat, bilik guru dan lain-lain ruang sokongan yang akan mampu menampung sehingga 1,200 pelajar dan 200 guru dan kakitangan.

 

Sekolah ini terletak di wilayah yang selamat dan aman iaitu di Kampungan terancang Ataa’ foundation. Perkampungan ini mempunyai 550 buah rumah yang dibina khas dengan struktur batu dan konkrit dan akan menampung 2,600 penduduk. Sekolah Malaysia adalah salah satu dari beberapa fasiliti di kampung terancang Ataa’ yang juga mengandungi sebuah masjid, sebuah pusat komuniti dan vokasional, Pusat komersial, sebuah klinik atau pusat rehebilitasi dan lain-lain kemudahan.

 

MyCARE dan Econsave mengucapkan terima kasih kepada kerjasama pihak Ataa’ dan agensi-agensi di Azaz Syria serta para dermawan yang menyalurkan sumbangan kepada kempen Kemanusiaan Syria MyCARE-Econsave.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan