Sumbangan Jabatan Audit Negara untuk Palestin

MyCARE telah dijemput menerima sumbangan Tabung Palestin yang dianjurkan oleh Jabatan Audit Negara Malaysia. Sumbangan ini dikumpul oleh semua warga kakitangan Jabatan Audit Negara di Putrajaya dan peringkat negeri-negeri di seluruh Malaysia.

Pada majlis tersebut pihak MyCARE diwakili oleh Tuan Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar (Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE) manakala dari pihak Jabatan Audit Negara Malaysia disempurnakan oleh YBhg. Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid (Ketua Audit Negara Malaysia), YBhg. Datuk Nor Salwani Hj. Muhammad (Timbalan Ketua Audit Negara; Sektor Audit Kewangan) dan YBrs. Puan Patimah Ramuji (Timbalan Ketua Audit Negara; Sektor Audit Prestasi).

Terima kasih diucapkan kepada warga kakitangan Jabatan Audit Negara Malaysia di atas kepercayaan dan sumbangan yang diberikan. MyCARE akan mengalas amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab demi kelangsungan kehidupan mereka di Palestin.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan