Ziarah ke Kem Abu Ahmad

Alhamdulillah, pagi semalam ahli misi berjaya menziarahi sebuah kem di pinggir Mafraq, Jordan yang baru 2 bulan didirikan oleh pelarian Syria yang berpindah-randah kerana mencari peluang pekerjaan untuk menyara keluarga mereka. Kem ini diberi nama Kem Abu Ahmad, sempena nama wakil/ketua mereka.
Kem ini kelihatan amat sederhana. Terdapat 24 buah keluarga di sini dan setiap keluarga memiliki sekurang-kurangnya 1 khemah (ada yang berkongsi khemah), dapur, tandas dan tangki air bersih.




Lagi gambar-gambar di FB MyCARE
Ahli misi MyCARE bersama sukarelawan i4S Jordan, TSDBJ dan TFTN telah melakukan beberapa aktiviti di kem ini termasuklah ziarah mahabbah, aktiviti bersama kanak-kanak dan penyampaian bantuan pek makanan dan pek kebersihan.
Nantikan kisah-kisah menarik tentang mereka daripada ahli misi MyCARE nanti.
Sebahagian sumbangan kempen Misi MyCARE Jordan Humanity Beyond Borders ini akan disalurkan ke Tabung Meal4Them MyCARE bagi tujuan penyaluran bantuan makanan ke kem-kem pelarian Syria dan juga negara-negara lain yang memerlukan.
Sumbangan masih diperlukan! Jom realisasikan Humanity Beyond Borders melalui sumbangan ke akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad:
Recipient Reference: meal4them
Maybank Islamic : 5515-7500-4299
Bank Islam : 1209-20100-34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
Atau secara online di www.billplz.com/meal4them
Hantarkan butiran sumbangan ke alamat e-mel meal4them@mycare.org.my atau +6018 9089282.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk