Pelarian Rohingya hargai sumbangan rakyat Malaysia

Delegasi Misi Gift of Smiles 5 telah melawat 50 buah tempat perlindungan di kem Ukhia Balukhali, Cox’s Bazaar semalam. Menurut Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Dr. Fauziah Mohd Hasan sumbangan rakyat Malaysia kepada MyCARE amat membantu pelarian di sini.
“Penambahan tempat perlindungan ini telah memanfaatkan 50 buah keluarga yang terdiri daripada 5 sehingga 6 orang bagi sesebuah keluarga.”
“Ia juga diperbuat daripada bahan yang berkualiti seperti konkrit simen, kanvas dan buluh serta dilengkapi solar panel dan kipas.”



Salah seorang penerima manfaat ialah Mohd Hashaim seorang bekas guru mengucapkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang telah menyumbang melalui MyCARE.
“Terima kasih kepada rakyat Malaysia dan MyCARE kerana memberi keselesaan kepada kami.”
“Dahulu, saya seorang guru di Arakan. Namun semuanya telah hilang sekarang. Saya rindu untuk mengajar kembali,” tambah Hashaim.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan untuk pembangunan komuniti Rohingya di Cox’s Bazar, boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Islamic (5642 5856 0698), CIMB Islamic (8602 13 5592) atau Bank Islam (1209 2010 0349 04) di bawah nama Humanitarian Care Malaysia Berhad.
“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Penajaan Anak Yatim Filipina

Pakej RM125 sebulan melalui Kempen Penajaan Anak Yatim Filipina diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu anak-anak yatim di Filipina. Anak-anak yatim yang dibantu ini adalah golongan

Kempen Penajaan Keluarga Asnaf Palestin

Keadaan keluarga di Palestin terus berada dalam keadaan yang sangat mencabar akibat konflik yang berpanjangan. Di sebalik setiap khemah dan rumah-rumah yang telah runtuh di

Penajaan Anak Yatim Lubnan

Konflik yang semakin meruncing di Lubnan sejak Mac 2026 telah mengakibatkan krisis kemanusiaan yang amat membimbangkan.   Menurut UNICEF, lebih daripada 1 juta penduduk Lubnan